Ads.fly

Monday, February 18, 2019

Tiga warga Sabah diperdaya di Kemboja tiba di Kota Kinabalu

-Sabah News-

TIMBALAN Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman menyambut Philip Ho Chee Chin (dua dari kanan), Chong Su Kyun (dua dari kiri) dan Jeffrydean Jude di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, malam tadi. – Foto Edmund Samunting
KOTA KINABALU: Hasrat mahu memperbaiki taraf hidup keluarga mendorong Chong Su Kyun, 37, menerima tawaran bekerja melalui Facebook sebelum menyedari ditipu oleh ‘ejen halimunan’ di Kemboja.
Su Kyun dari Kota Marudu adalah antara 47 mangsa yang diselamatkan termasuk dua lagi dari Keningau manakala selebihnya dari Sarawak, Selangor dan Kuala Lumpur, selepas terpedaya dengan ejen pekerjaan lebih dua bulan lalu.
Menurut Su Kyun, dia mendapat tahu ‘pekerjaan’ itu menerusi Facebook dengan tawaran gaji yang lumayan iaitu AS$1,200 (RM4,900) dan pergi ke Kemboja pada November lalu.
“Saya minta kerja bahagian mekanik tetapi ejen beritahu pelbagai kerja boleh dibuat dan saya ditawarkan kerja ‘online casino’ (kasino dalam talian).
“Saya kemudian sedar ditipu selepas diberitahu kerja mekanik tiada dan diminta buat kerja menggunakan komputer dan disuruh belajar sebelum ditahan (pihak berkuasa),” katanya ketika ditemui sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, sebentar tadi.
Katanya lagi, dia yang bekerja sebagai mekanik sebelum ini hanya mahu memperbaiki taraf hidup keluarga memandangkan dua anaknya masih kecil dan isteri pula sedang mengandung.
“Ketika di Kemboja, pasport dan telefon saya diambil dengan alasan dalam rumah itu ramai orang dan takut hilang, jadi mereka tolong simpan.
“Sepanjang ditahan, saya selalu ingat keluarga. Saya cuma ada masa satu hingga dua minit saja menghubungi keluarga dan tidak pernah beritahu isteri bahawa saya dikurung kerana tidak mahu dia susah hati kerana sedang mengandung,” katanya.
Menurut Su Kyun, ia pengalaman paling buruk yang pernah dilalui, walaupun sebelum ini pernah bekerja di Singapura ketika masih bujang.
Chong Su Kyun bertemu isteri dan anaknya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, malam tadi. – Foto BERNAMA
“Selepas ini, saya tidak mahu ke mana-mana lagi. Biarlah saya di Kota Marudu saja,” katanya.
Sementara itu, isterinya Catherine Jaikol, 28, gembira suaminya pulang ke pangkuan keluarga dengan selamat.
“Saya benarkan dia bekerja di sana tetapi tidak sangka dan langsung tidak syak bahawa dia ditipu.
“Selepas ini saya tidak akan benarkan lagi dia bekerja di luar negara kerana selepas saja tahu keadaannya di sana, saya menangis kerana bimbangkan keselamatannya,” katanya.
Katanya lagi, dua anak mereka Mellerine, 8 dan Olivon, 3, sering mencari ayah mereka selepas dua bulan lebih berada di Kemboja.
Seorang lagi mangsa, Jeffrydean Jude, 19, turut berkongsi pengalaman perit sepanjang di Kemboja selepas ditawarkan kerja di hotel dengan gaji yang lumayan.
“Saya tahu ‘kerja’ ini hujung September melalui Facebook dan tidak pernah berjumpa dengan individu yang menguruskan pekerjaan ini sehingga tiba di Siem Reap. Saya bayar sebanyak AS$300 (RM1,200) sebagai yuran ejen melalui pemandu yang ambil kami di sana.
“Sebaik tiba di sana, saya sudah mula curiga dan sepanjang berada di rumah itu, bilik kami dikunci dan hanya keluar ke ruang tamu berjumpa dengan yang lain ketika waktu makan,” katanya.
Philip Ho Chee Chin, 25, pula mengakui rindu keluarganya di Keningau kerana itu kali pertama berada di luar negara.
“Saya berterima kasih kepada kerajaan Malaysia dan Kemboja kerana menyelamatkan serta membawa kami pulang semula ke sini,” katanya.
Terdahulu, tiga mangsa itu diterbangkan dari Kuching ke Kota Kinabalu dan ketibaan mereka disambut Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman. – Berita Harian

Sunday, February 17, 2019

Disangka Lelaki, Orang Awam Hanya Pandang Sambil Rakam Wanita Ini Melahirkan Anak Dikhalayak Ramai

-Sabah News-

Sebagai rakyat yang prihatin, pastinya kita akan bantu jika melihat seseorang itu dalam kesusahan. Tapi zaman teknologi maju ni memang kejam, masing-masing berlumba nak jadi ‘pemberita’ nombor satu di media sosial sampai hilang keprihatinan.


Misalnya, insiden yang berlaku ini, petugas parking ini kalau dilihat dengan mata kasar memang orang takkan tahu dia ni wanita kerana penampilannya. Tapi, ia mula terbongkar apabila…

Air ketuban pecah, lahirkan anak

Lebih haru lagi wanita ini bersalin dalam keadaan berdiri, orang awam tengok sambil merakam tanpa memberikan sebarang bantuan.

Kononnya mereka sangkakan kejadian aneh berlaku, seorang lelaki yang bersalin. Aduhai kemana perginya perikemanusiaan kita!


Bila diperjelaskan dia perempuan, orang lain masih buat bodoh

Difahamkan, kejadian ini berlaku di negara seberang. Bagaimanapun, menurut Daifa Lianti, mujurlah ada manusia yang berhati mulia datang untuk bantu.

Dukacitanya, apabila individu terangkan bahawa dia seorang wanita dan harus diberikan bantuan, semua orang disitu buat bodoh je!

Lebih hiba lagi, wanita ini bersalin di tepi jalan. Bagaimanapun keadaannya sihat dan normal selepas dia melahirkan anak.


Alahai, kalau ya pun daripada dok sibuk merakam, apa kata gunakan telefon pintar tu untuk hubungi ambulans. Sedih admin lihat muka wanita ni, tanggung sorang-sorang. Andai kata lah kalau lelaki bersalin sekali pun, apa salahnya tolong kan?

【LGBT Malaysia】Gambar : Kerajaan PH rasmi pesta liberal & L.G.B.T

-Sabah News-
KERAJAAN PH RASMI PESTA LIBERAL

Harini bila semua orang Melayu sebok di Semenyih, Kerajaan PH senyap-senyap merasmikan penganjurkan “PESTA DEMOKRASI” dan hak asasi L..GBT

Baru2 ini kecoh di Penang apabila satu teater yang meraikan seks bebas telah dianjurkan di Penang.Hari ini, satu cabang liberalism yang baharu telah ditubuhkan bawah nama ‘demokrasi’. Dianjurkan oleh FORSEA.







Antara yg terlibat dlm kumpulan ini adalah Hishamuddin Rais, Claire Brown, Ambiga dan ramai lagi aktivis hak asasi manusia dan L..G..B..T dari luar negara.

Pesta Demokrasi ni baru saja tadi lancarkan oleh Tun Mahahir di Publika KL. Turut dihadiri Mat Sabu dan Menteri Besar Selangor.

Besoknya bermulalah conference mereka diantaranya seperti ucapan dari speaker mengenai Hak-Hak Asasi untuk L..G..B..T dan komuniti marginal yang mempunyai kepercayaan yang berlainan dari norma agama dan masyarakat

Pendapat aku, pesta seperti ini harus dihentikan terus. Melalui demokrasi juga kita mempunyai hak untuk hentikan budaya tidak sihat yg berlandaskan nafsu ini yang langsung tiada kebaikan untuk generasi Malaysia. Itu bukan budaya Malaysia.

Ingat..golongan yg sering laungkan kebebasan itu adalah golongan yg tak punya tujuan. Kerana setiap tujuan menciptakan batas. Setiap batas itu memotong kebebasan. -Tun Carlos


AGENDA PELANCARAN PESTA LIBERAL
PEMBEBASAN LIBERAL
MB SELANGOR PUN ADA
GIMIK PERASMIAN
TUNTUTAN HAK .L.G.B.T
WARTAWAN SAMAN FITNAH HADI PUN ADA
TUMPUAN SEPENUHNYA PEMIMPIN PH DALAM SATU TAKLIMAT

Lelaki Kahwini Ibu Dan Anak Sekali Gus…..

-Sabah News-


Keluarga tunggang terbalik. Itu gelaran yang tepat untuk seorang lelaki Shailesh Dalbot, 60, yang bukan sahaja mengahwini ibu saudaranya malah turut berkahwin dengan anak wanita berkenaan, sebagai sebahagian daripada tradisi puak Mandi yang menetap di kawasan pergunungan di Bangladesh.

Shailesh, baru berusia 15 tahun apabila dia terpaksa berkahwin dengan ibu saudaranya, Shormi Nokrek, yang ketika itu berusia 45 tahun selepas wanita terbabit kematian suami.

Mengikut adat Mandi, seseorang balu itu perlu berkahwin dengan keluarga mendiang suaminya dan satu-satunya lelaki bujang ketika itu ialah Shailesh.

Bagi mengelakkan Shailesh curang kepada isterinya itu, dia turut berkahwin dengan anak Shormi iaitu Jelita yang pada masa itu baru berusia tujuh tahun.

Namun Shailesh dan Jelita hanya melakukan seks selepas Jelita berusia 17 tahun dan kini mereka mempunyai empat orang anak.

Sementara dengan Shormi pula, Shailesh menjalani kehidupan suami isteri dengan wanita berkenaan selama 10 tahun, namun mereka tidak mempunyai anak.

“Saya tidak begitu mengingati perkahwinan itu kerana ia berlaku pada 1971 namun tiba-tiba kami diumumkan sebagai suami isteri dan majlis berakhir. Ibu saudara saya kemudiannya menjadi isteri saya.

“Kami sudah biasa dengan tradisi ini dan saya tidak melihatnya sebagai pelik, ia normal pada kami. Ia juga mempunyai alasan yang baik kerana dapat menyelamatkan keturunan kami selain menjadikan hubungan kami kukuh,’’ katanya yang menghormati Shormi sebagai orang yang lebih tua daripadanya.

Sementara itu, Jelita yang kini sudah berusia 52 tahun, dilihat sebagai ketua keluarga.

“Saya dapati saya telah berkahwin ketika masih muda dan saya ok dengannya. Saya tahu dia lelaki yang baik dan kami mengikut adat. Kami amat gembira dengan apa yang berlaku.

“Saya dan ibu saya sebenarnya tidak berkongsi suami. Shailesh tidak lagi bersama ibu saya selepas dia mendapat saya. Itulah tradisi kami dan kami tiada pilihan,’’ kata Jelita.

Bagi puak Mandi, kebiasaannya kaum wanita akan memilih suami mereka dan mengikut adat, wanita akan menjadi ketua keluarga dengan semua harta akan jatuh kepada anak perempuan.

Ramai puak Mandi yang berkahwin dengan ibu dan anak demi memastikan harta keluarga mereka tidak jatuh ke tangan pihak lain.